2019 TAHUN HIJRAH ,,.,. PERJALANAN RASUL DARI 28 SAFAR -12RABUL AWAL,.
VIDEO DI BAWAH MENJELASKAN GAMBARAN HIJRAH RASULULLAH S.A.W DARI KOTA MEKAH KE KOTA MADINAH
Hijrah merupakan perkara sunat yang disarankan oleh Allah S.W.T kepada seluruh umat Islam. Hijrah berasal daripada perkataan Arab yang bermakna berpindah. Pada umumnya, perpindahan berlaku dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Namun, dalam konteks tamadun Islam, hijrah bermaksud perpindahan orang Islam dari kota Mekah ke Kota Madinah dalam usaha untuk memperkukuhkan kedudukan Islam serta merupakan strategi baru untuk menyebarkan Islam. Peristiwa penghijrahan orang Islam dari Kota Mekah ke Kota Madinah berlaku pada 1 Rabiulawal bersamaan 12 September tahun 622 M.
Penghijrahan ini dilakukan secara rahsia dan berperingkat-peringkat. Nabi Muhammad S.A.W berhijrah bersama-sama sahabatnya, Abu Bakar Al-Siddiq, selepas penghijrahan orang Islam yang lain. Perjalanan baginda dan Abu Bakar Al-Siddiq ke Kota Madinah memakan masa selama lebih kurang 12 hari. Walaubagaimanapun, Umar Bin Al-Khattab telah berhijrah secara sendirian dan terang-terangan kerana sifat keberaniannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
alhamdulillah