Jumaat, 8 November 2019

PERBUATAN BIDAAH YANG DILAKUKAN BERTERUSAN HARAM DAN AKHIR NYA SESAT SYIAH,.,.,.

Bidaah adalah sesuatu perbuatan yang mana haram dan dosa nya sebagai mana dosa maksiat ,.., sebagai mana ahlul bidaah melakukan dosa dosa seperti mana di awal zaman perkembagan ahlul hadis dan kebangkitan penentang ahlul bidaah di zaman imam muhamad abd wahab.,,. AHLUL BIDAAH ANTARA BIDAAH YANG DI LAKUKAN MENYAMBUT HARI MAULID JELAS DOSA NYA DAN HARAM ,.,.,. ANTARA PERBUATAN AHLUL BIDAAH YANG DAPAT DI SENARAIKAN SELAIN DARI SAMBUTAN MAULID ,.,.,.BIDAAH HARAM BERTERUSAN DI AMALKAN MENJADI AMALAN DAN PEGANGAN SESAT SYIAH,.,.,.
1. Lafaz usolli dalam solat semasa memulakan solat. Samada secara jahar (kuat) atau sir (senyap) semasa mengangkat takbir. 2. Baca doa lepas iqamah 3. Salam keliling selepas solat jemaah 4. Qunut subuh berterusan. 5. Maulid Nabi 6. Solat hajat 7. Talqin 8. Majlis doa selamat. 9. Majlis tahlil. 10. Baca selawat nak makan ubat. 11. Sapu muka lepas solat. Ada yang tambah lagi dengan doa masa sapu kepala dan muka. 12. Tunggu kubur selepas ada kematian 13. Nak mula bawa jenazah, baca Fatihah selangkah, kemudian baca lagi sampai tiga kali. 14. Kenduri arwah. 15. Kenduri nak pergi haji, umrah 16. Hadiah Fatihah selepas dengar ada orang mati. 17. Bayar orang untuk ganti solat si-mati. Ada juga dinamakan Solat Hadiah. 18. Bayar upah kepada orang yang solat jenazah. 19. Kenduri bubur Asyura 20. Nisfu syaaban 21. Baca sadaqallahul azim selepas baca Quran 22. Bersanding 23. Amalan ‘batal wuduk’ selepas nikah 24. Pakai benda lain selain benda manis dalam tahnik. Contohnya, garam, gula, cincin emas, cincin perak. 25. Sembelih baca selawat 26. Tawasul pada Nabi, wali dan malaikat 27. Sedekah/hadiah Fatihah kepada Nabi Muhammad atau mana-mana Nabi. 28. Marhaban. 29. Potong jambul sahaja kepada bayi yang baru lahir. Sepatutnya kena cukur habis. 30. Qasidah 31. Angkat tangan doa semasa doa khutbah Jumaat 32. Gantung ayat Quran di rumah, pejabat dan sebagainya. 33. Azan sebelum keluar rumah kepada mereka yang nak pergi haji 34. Collection kenduri kahwin. 35. Doa khusus awal dan akhir tahun. 36. Berdoa berjemaah selepas solat jemaah 37. Zikir berjemaah selepas solat jemaah. 38. Zikir/wirid dengan suara kuat selepas solat 39. Membaca selawat rekaan manusia selain daripada hadis yang sahih. Sebagai contoh, Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyyah. 40. Bernazar selain daripada amal ibadat. Contohnya, bernazar untuk puasa boleh, sebab puasa adalah salah satu ibadat. Tapi bernazar untuk cukur kepala tidak, kerana cukur kepala bukan ibadat. Cukur kepala adalah khusus kepada Tahallul haji dan umrah sahaja. 41. Mengkhususkan baca Yaasin malam Jumaat 42. Lafaz niat puasa: nawaitu sawma ghadin… 43. Korek lubang dubur kononnya nak betul-betul bersih dari najis. 44. Peluk atau salam orang baru balik dari Mekah untuk dapat ‘berkat’. 45. Zikir ‘Allah’ sahaja. Nabi tak zikir lafaz ‘Allah’ sahaja, tapi ada lagi lafaz lain yang disebut. Contoh: Alhamdulillah, Allahu akbar dan sebagainya. 46. Melawat kubur hari raya. 47. Baca Yaasin di kubur atau ayat-ayat lain. 48. Amalan Bismillah 5,6,7,8,9 49. Beri salam pada kubur tertentu. 50. Tulis nama pada batu nesan. 51. Pacak pokok di kubur 52. Siram air pada kubur 53. Binaan pada kubur 54. Membaca selawat ketika bersalam 55. Memulakan sesuatu majlis dengan membaca Fatihah 56. Doa selepas solat Jenazah 57. Zikir Alih Hujan. 58. Baca selawat sebelum azan. Sepatutnya selawat dibaca selepas azan, bukan sebelumnya. 59. Amalan membaca dan menggantung Ayat Seribu Dinar 60. Baca Yaasin dan ditiupkan pada air. Selalunya diletakkan banyak botol masa baca Yaasin dilakukan di masjid dan surau-surau. Siap buka tutup botol itu kerana takut bacaan Yaasin itu ‘tidak masuk’. Mereka bawa balik rumah dan bagi anak bini minum. 61. Membaca doa khusus dalam wuduk. Ada doa semasa berkumur, basuh muka, basuh tangan dan sebagainya. Ini tidak ada dalil dari perbuatan Nabi dan sahabat. 62. Telangkup tangan semasa membaca doa semasa sampai kepada bahagian minta ditolakkan bala. 63. Belajar Tauhid dari susunan Sifat 20 64. Membaca Yaasin kepada mereka yang nazak dan orang yang sudah mati. 65. Menggunakan tasbih dalam berzikir. Seeloknya pakai jari sahaja. 66. Berdoa kepada Rasulullah apabila sampai ke Madinah, supaya dapat melawat kubur baginda. Ini adalah syririk kerana berdoa kepada selain Allah. Allahu a’lam. Semoga bermanfaat.
63 AMALAN BIDAAH YANG DI LAKUKAN PUAK AHLUL BIDAAH SYIAH DAN BERLUASA DI TANAH MELAYU ,.,. 63 PERBUATAN BIDAAH INI ADALAH HUKUM SESAT HARAM SELAGI DI AMALKAN TAMPA DI BANTERAS,.,.,. 
     Antara hukum perbuatan bidaah
seperti mana perkara perkara yang tidak terdapat dalam mana mana riwayat hadis soheh bahawa perbuatan itu adalah amalan rasulullah .,,. sebagai mana sambutan hari maulid yang di lakukan oleh alhul bidaah di kawasan jajahan syiah dan ahlul bidaah ,.,.., 
Pendapat Ulama Tentang Maulid al-Rasul

         Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama tentang hukum menyambut maulid Nabi, tetapi disebabkan keterbatasan ruang, kami hanya akan mengutip beberapa pendapat yang masyhur sahaja. Al-Hafiz Ibnu Hajar, Ibnu al-Haj, Ibnu Katsir, Ibnu Abaad, Ibnu Marzuq, al-Subki, Abu Syamah (guru Imam Nawawi), Ibnu Duhayyah, al-Suyuthi, al-Sakhawi dan beberapa ulama lain lagi membolehkan sambutan hari kelahiran Nabi dengan syarat sambutan tersebut bersih dari segala aktiviti kemungkaran. Manakala Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah, al-Syatibi, al-Abdari dan beberapa ulama lain mengharamkan sambutan maulid ini. Al-Hafiz Ibnu Hajar, Ibnu al-Haj dan al-Sakhawi setuju bahawa sambutan maulid al-Rasul adalah bid’ah kerana tidak pernah dilakukan pada zaman Rasulullah, tidak pula pada zaman sahabat dan generasi sesudah mereka. Namun begitu, mereka menilai bahawa sambutan maulid Nabi ini sebagai bid’ah hasanah (bid’ah yang baik), dan akan menjadi bid’ah dhalalah (bid’ah yang sesat) jika mengandungi kemungkaran. Sebahagian besar ulama memandang bahawa sambutan maulid al-Rasul adalah bid’ah muharramah (bid’ah yang haram). Mereka juga berpendapat bahawa segala perbelanjaan harta (infaq) untuk sambutan maulid adalah haram. Yang paling masyhur di antara para ulama yang menyatakan hal ini merupakan bid’ah dhalalah adalah Tajudin Umar bin Ali al-Lakhami al-Sakandari al-Maliki yang terkenal dengan panggilan al-Fakihani. Beliau mengarang kitab berjudul al-Maurid fi al-Kalami ala Amali al-Maulid yang memuat jawapan dari pelbagai pertanyaan oleh masyarakat. Di dalam kitab tersebut, terdapat soalan tentang maulid berbunyi; “apakah ada dasarnya menurut syara’ ataukah hal itu merupakan bid’ah dalam agama?”. Maka Tajudin menjawab, “Saya tidak mengetahui adanya dasar syar’i untuk sambutan maulid baik dalam Al-Kitab mahupun Sunnah, begitu pula tidak ada satu riwayat pun dari salah seorang ulama umat yang menjadi teladan dalam urusan agama, yang berpegang teguh pada atsar (peninggalan khazanah) orang-orang terdahulu yang mendukung, bahkan hal itu (sambutan maulid) merupakan bid’ah. Bukan termasuk kewajipan yang sesuai dengan ijmak, tidak pula sunnah kerana hakikat dari sunnah (mandub) adalah tuntutan syara’ tanpa adanya celaan bagi yang meninggalkannya. Mereka yang mengadakan maulid tidak mendapat izin dari syara’ untuk menyambutnya. Para sahabat tidak pernah melakukannya, begitu pula para tabi’in tidak melakukannya. Para ulama pun tidak melakukannya. Begitulah sesuai yang saya ketahui…” [lihat Al-Hawiy li al-Fatawi, Imam Suyuthi, juz 1 hlm 190]. Imam Suyuthi sendiri mengarang makalah tentang maulid dengan judul Husnu al-Qasdi fi Amali al-Maulid, di mana di dalamnya beliau menjawab hukum maulid di mana beliau cenderung kepada membolehkannya. Imam Suyuthi menilai berkumpulnya manusia untuk membaca Al-Quran dan pelbagai riwayat atau khabar (hadis) Rasulullah, kemudian ada jamuan makan di dalamnya sebagi bid’ah hasanah, sebab di dalamnya terdapat pengagungan terhadap kedudukan Rasulullah dan menampakkan kegembiraan akan kelahiran baginda. Beliau mengupas pendapat al-Fakihani dan membantahnya.

         Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah yang hidup hingga awal abad ketujuh hijriyah (meninggal tahun 728H) pula berpendapat, “Apa yang diada-adakan oleh sebahagian orang dalam aktiviti maulid, kadang-kadang menyerupai Nasara dalam menyambut kelahiran Nabi Isa as, dan kadang-kadang sebagai ungkapan kecintaan dan pengagungan kepada Nabi, bukan untuk bid’ah seperti menjadikan hari kelahiran baginda sebagai hari raya Nabi (maulid), meskipun tanggal kelahiran baginda masih diperselisihkan oleh ulama. Namun sesungguhnya sambutan maulid itu tidak pernah dilakukan oleh orang-orang terdahulu dari generasi salaf (sahabat, tabi’in dan tabi’i tabi’in) padahal merekalah yang lebih berhak melakukannya jika itu diperlukan, dan tidak ada suatu apa pun yang dapat mencegah mereka melakukannya. Andaikata itu merupakan satu kebaikan yang pasti atau kuat dugaan kebenarannya, nescaya generasi salaflah yang paling berhak dari kita untuk melakukannya, kerana mereka termasuk orang-orang yang paling kuat kecintaannya dan pengagungannya kepada Nabi dan dari segi mengerjakan kebaikan, mereka lebih memerhatikan hal ini dari generasi-generasi Islam lainnya. Kesempurnaan dan kecintaan kaum Muslimin dan pengagungan mereka kepada Nabi seharusnya nampak dalam peneladanan, ketaatan dan pelaksanaan perintah Rasul. Termasuk dalam hal ini adalah menghidupkan sunnah Nabi baik secara batin (dalam diri) mahupun zahir (dalam realiti kehidupan), menyebarkan risalahnya serta berjihad dalam penyebaran risalah itu dengan hati, tangan dan lisan. Itulah cara orang-orang terdahulu…” [Iqtidhau al-Sirathil Mustaqim Mukhalafatu As-habi al-Jahim, hlm 294-297].

1 ulasan:

  1. BIDAAH PERBUATAN SESAT SYIAH ,.,.
    SEBAGAI MANA HUKUM JELAS JIKA SESEORANG MUALAF,.,.
    CONTOH CHINA MASUK ISLAM ,.., USIA 25TAHUN ,.,. BARU BELAJAR SOLAT DAN TAK LAGI TINGGAL SOLAT TIDAK WAJIB BAGI NYA BAGI KITA PENGIKUT IMAM MUHAMAD ABD WAHAB,.,.., KERNA SEBELUM IA ISLAM IA NYA KAFIR DAN TIDAK SUCI,.,. DAN SEPERTI MANA MELAYU YANG TELAH ISLAM TAPI TELAH TINGGAL SOLAT SEJAK KECIL HINGGA USIA 40 TAHUN BARU BELAJAR DAN TAK LAGI TINGGAL SOLAT MAKA TIDAK WAJIB ATAU SUNAT BAGI MEREKA YANG BARU MULA SOLAT ,.,..,
    SEBEGITU JUA KITA YANG BERPAHAMAN IMAM MUHAMAD ABD WAHAB JELAS PERBUATAN BIDAAH SEBAGAI MANA PERBUATAN MENGHADO SOLAT YANG SEBELUM MASUK ISLAM.,,. WALLAHUAKLAM BISSAWAB,.,..

    BalasPadam

alhamdulillah