Jumaat, 8 November 2019

HUKUM JELAS MEMAKAI TANGKAI AL-QURAN @AYAT QURAN @POTOGAN QURAN ,.,.,.


MEMAKAI TANGKAI BERUPA AL-QURAN
ATAU AYAT QURAN ATAU POTOGAN AYAT QURAN JELAS DI BENARKAN SEBAGAI MANA JELAS DALAM HADIS MUSTIKA YANG MANA RASULULLAH SAWT MEMBENARKAN NYA,.,.,.
Umat Islam secara umumnya menerima bahawa pemakaian tangkal dan azimat adalah haram disisi Islam dan boleh membawa kepada perbuatan mensyirikkan Allah SWT. Ini adalah berdasarkan sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud: ”Sesungguhnya jampi, tangkal dan tiwalah itu syirik.” Namun, para ulama berbeza pendapat tentang hukum menggantungkan azimat dan tangkal yang mengandungi nama-nama Allah dan sifatNya, ayat-ayat al-Quran dan doa-doa yang ma’thur. Saidatina A’isyah, Imam Malik dan sebahagian ulama mazhab Syafie mengharuskannya dengan hujah bahawa perbuatan tersebut dilakukan oleh Abdullah Ibn Amr yang pernah menulis satu doa dan digantung dileher anaknya yang masih belum baligh. Menurut mereka, yang diharamkan hanyalah tangkal dan azimat yang selain dari ayat Al-Quran. Segolongan ulama lagi mengharamkan pemakaiannya. Mereka terdiri dari Ibnu Mas’ud, Ibnu Abbas, Huzaifah, Uqbah Ibnu ‘Amir, Abdullah Ibnu ‘Akim dan para pengikut mereka dari kalangan tabi’in. Mereka mengatakan bahawa hadis berkenaan larangan memakai tangkal dan azimat adalah mencakupi semua jenis tangkal. Mereka juga berhujah bahawa apa yang dilakukan oleh Ibnu Amr tidak dilakukan oleh lain-lain sahabat. Ianya dilakukan untuk anaknya yang masih kecil dan tidak mampu menghafal atau membaca, sedangkan untuk yang dewasa tidak begitu. Imam Fakhruddin Al-Razi menyebutkan dalam tafsirnya bahawa ketika Nabi Ibrahim dicampakkan ke dalam api, Jibril telah membawa jubah sutera dari syurga dan dipakaikan kepadanya. Jubah itu diwariskan kepada Nabi Ishak, kemudian kepada Nabi Ya’kub. Nabi Ya’kub kemudiannya menjadikannya sebagai azimat dan digantung di leher Nabi Yusuf. Jibril segera datang lalu membuangnya dan memakaikan semula jubah tersebut kepada Nabi Yusuf. Oleh itu, jelas bahawa larangan menggantungkan tangkal atau azimat walaupun ianya berupa ayat al Quran atau sesuatu yang mulia dari syurga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

alhamdulillah