Selasa, 20 Ogos 2019

PERBEZAAN ANTARA FAKIR DENGAN MISKIN,.,.



SEBAGAI MANA ALLAH TURUNKAN AYAT QURAN TENTANG KEPERIHATINAN UMAT ISLAM KEATAS BERJIHAT MEMBANTARAS KEMISKINAN ,.,.



Setiap orang Islam
      wajib turut sama mengatasi kemiskinan. Memberi perhatian kepada orang miskin merupakan sebahagian daripada kehidupan beragama. Apabila tidak melakukannya, maka orang tersebut dapat dikategorikan sebagai pendusta agama.

     Allah S.W.T. berfirman, “Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? Orang itu ialah yang menindas dan berlaku zalim kepada anak yatim; Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi                                      makanan yang berhak diterima oleh orang miskin” (Q.107:1-3).

        Membantu orang miskin, selain merupakan tanggungjawab sosial bagi orang yang mampu, misalnya melalui zakat dan sedekah, juga merupakan tanggungjawab agama. Memberi nafkah orang yang tidak mampu merupakan ciri orang yang bertaqwa untuk mencari keredaan dan kedudukan mulia di sisi Allah S.W.T. BATASAN FAKIR MISKIN

          Di kalangan ulama fikah, ada perbezaan pendapat tentang batasan fakir dan miskin. Menurut Imam Abu Hanifah (699-767), fakir ialah orang yang memiliki harta kurang daripada satu nisab (jumlah minimum harta yang harus dizakatkan) atau mempunyai harta satu nisab atau lebih tetapi habis digunakan untuk keperluan hidupnya. Menurut Imam Syafie (767-820), fakir ialah orang yang tidak mempunyai harta dan usaha, atau mempunyai harta dan usaha tetapi kurang daripada setengah keperluan hidupnya dan tidak ada orang yang menanggung perbelanjaan hidupnya. Kata “miskin” juga mempunyai pelbagai erti. Menurut Imam Abu Hanifah dan Malik, orang miskin ialah yang memiliki harta setengah daripada keperluan hidupnya atau lebih tetapi tidak mencukupi.

Image result for fakir

Daripada Ibnu Abbas dan ‘Imran bin Hussain r.a, bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda: “Aku melihat ke dalam syurga, maka aku dapat melihat kebanyakan penghuninya adalah terdiri daripada kalangan orang-orang fakir miskin. Dan (apabila) aku melihat ke dalam neraka, maka aku dapat melihat kebanyakan penghuninya adalah terdiri daripada golongan perempuan.” (Hadis riwayat Muttafaqun ‘alaih) Sesuatu yang perlu dikaji, kenapakah di dalam syurga ramai kaum fakir dan miskin? Di mana orang kaya? Menurut ilmu lughah atau Bahasa Arab, dalam konteks yang sama kita diberitahu perkara sebaliknya iaitu disebut mafhum mukhalafah (makna di sebaliknya), iaitu tidak ramai orang kaya di syurga. Aduhai, di mana orang kaya? Apa pula kelebihannya si fakir dan miskin sehingga mereka pula yang meramaikan syurga? Inilah senario yang kena kita perhalusi bersama. Adakah Islam begitu memuliakan orang-orang fakir dan miskin sehingga di dunia ini kita wajar memilih untuk menjadi orang miskin dan hidup dalam papa kedana? Pada masa yang sama, adakah kita diberitahu bahawa kita hendaklah menjauhi kekayaan dan menolak kebendaan? Jika demikian keadaannya, bukankah Islam juga menyeru kepada kita agar mencari kebendaan dan nikmat duniawi? Bukankah Islam amat menegah kehidupan yang meninggalkan keduniaan ala pertapaan (yang kononnya hidup menjamah bertih beras empat purnama lamanya)? Bukankah Allah SWT sendiri menegaskan: “Kemudian setelah selesai (kamu) mendirikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing); dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah…,” (al-Jumu’ah:10)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

alhamdulillah