Sabtu, 24 Ogos 2019

MUSIBAH TANDA ALLAH SAYANG AKAN DIRI KITA,.,.

UJIAN TANDA ALLAH SAYANG PADA INSAN PILIHAN NYA,.,. SEBAGAI MANA PENJELASAN AYAT AYAT QURAN DAN HADIS DI BAWAH.,., 


Ibn Atha‟ilah Al-Sakandari menyatakan :
        “ Apabila Allah menjadikan kamu rasa tidak seronok, jemu dan tidak tenang dengan makhluk-Nya, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Dia mahu membuka untukmu pintu perasaan tenang, gembira, seronok dan tidak kesepian dengan-Nya.” Segala ujian yang ditimpakan ke atas manusia mempunyai pelbagai sebab dan hikmah. Antaranya untuk menunjukkan betapa Allah swt juga rindu pada hamba-Nya. Maka Allah kirimkan ujian sebagai hadiah supaya kita mengingatinya. Dalam hadith qudsi Allah swt berfirman: “Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (HR. Thabrani dari Abu Umamah)




Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda: “Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.”(H.R. Bukhari dan Muslim)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

alhamdulillah