ALLAHUMA SOLIALA MUHAMAD
Apabila seseorang ANAK CUCU ADAM itu mati,
dia akan ditanamkan.
Ada setengah-setengahnya dibakar,
namun hakikamya adalah ditanam juga dan tetap menuju ke alam barzakh juga.
HAKIKAT YANG DITANAM ATAU DI BAKAR ATAU DI HANYUTKAN ATAU APA APA JUA ADALAH JASAT YANG MANA LAHIR DARI SEPERMA BENIH HAWA DAN ADAM YANG MANA TINGGAL DALAM UNCANG BENIH DI SENDI SENDI INSAN.,
JASAT YANG MANA ALLAH JADIKAN DARI TANAH SEBAGAI MANA ADAM DAN AIR MANI DARI MAKANAN YANG TERHASIL DARI TANAH JUA
APA YANG BEZA HANYA LAH AIR MANI ATAU SEPERMA INI TERKELUAR DARI KEMALUAN INSAN LELAKI ADAM DAN MASUK KEDALAM KEMALUAN WANITA DAN HIDUP SELAMA 7HINGGA 9HARI DALAM LALUAN KEMALUAN WANITA SEBELUM IA NYA MATI ATAU HIDUP DALAM OVEM WANITA ATAU TELUR WANITA DALAM PANGKAL RAHIM .,.,
Bagi umat Islam, DAN KITA YANG BERAKIDAH ABU HASAN DAN DARI ALIRAN AHLUL BAIT PERCAYA SETIAP MANUSIA MATI APABILA KELUAR ROH @ NUR MUHAMAT YANG MANA BERUPA CAHAYA DARI CAHAYA ILLAH DZAT YANG MAHA AGUNG,. DAN ROH HAKIKAT NYA TELAH UJUD SETELAH QALAM BERHENTI MENULIS SETIAP TAKDIR MAHLUK ALLAH.,., DAN DARI NUR MUHAMAT ALLAH LAHIRKAN ROH ROH PARA NABI NABI SEAWAL ADAM HINGGA KIAMAT YANG M,ANA BERUPA CAHAYA YANG TINGGAL DI ARAS SAMBIL MENGHADAP DZAT ILLAH.,.,
DAN setiap yang telah mati adalah ditanam.
Begitu juga sebahagian dari orang-orang kafir.
Dan apabila seorang itu telah ditanam atau dikebuminkan, mana-mana yang mempercayai talqin akan membacakan talqin ke atasnya tetapi mana-mana yang tidak mempercayai talqin, mereka yang menghantarkan seseorang yang telah mati itu ke kubur akan pulang, tidak kira sama ada dia suaminya atau anaknya atau isterinya atau siapa saja. Tidak ada siapa yang mahu menunggu lama-lama di atas kubur tadi. Maka akan tinggallah seseorang yang telah mati itu tadi berseorang diri di dalam kubur yang sempit lagi gelap gulita itu.
Menurut satu riwayat hadis Rasulullah SAW, kibaran pakaian orang-orang yang hidup di atas kubur ketika meninggalkan kubur si mati setelah upacara pengkebumian selesai, dapat didengar oleh mayat yang terkujur di dalam tanah itu. Dan setelah beberapa langkah mereka meninggalkan mayat orang yang telah dikebumikan tadi, Allah SWT meniupkan semula roh si mati tadi ke dalam jasadnya. JASAT DI SINI ADALAH BERUPA ROH YANG MANA CAHAYA YANG BERSINAR DALAM ALAM YANG MANA DI GAMBARKAN ALLAH DALAM GENGGAMAN ALLAH TANGGAN ALLAH YAKNI SESETENGAH ULAMAK TAFSIR ADALAH TEMPAT HIMPUNAN ROH YANG MATI DAN YANG HIDUP SEDANG KOMA ATAU TIDUR ATAU MATI BUNUH DIRI YANG MANA BELUM TIBA AJAL NYA.,.,
Ketika itu, mayat tadi pun terkejut dan bingkas bangun.
Ada satu riwayat dari Syeikh Ibnu Hajar Haitami, roh yang dikembalikan oleh Allah SWT kepada mayat itu hanya kepada sebahagian badannya saja iaitu dari punggung ke atas.
Kemudian, setelah roh ditiupkan semula oleh Allah SWT kepada si mayat, dia pun hidup semula. Ketika itu datanglah dua orang malaikat yang bernama Mungkar dan Nakir untuk menyoal si mayat tadi.
Adapun Mungkar dan Nakir ini akan hadir kepada setiap yang mati sama ada dia mukmin atau kafir, sama ada mukmin yang ahli syurga atau pun mukmin yang derhaka, yang munafik, yang musyrik dan sebagainya. Dan Mungkar dan Nakir ini ialah dua orang malaikat yang tidak siapa pun pernah melihat rupanya, walaupun Rasulullah SAW.
Dengan sebab itu, tidak siapa pun kenal dan tahu akan kedua malaikat ini. Sebab itulah mereka berdua dinamakan Mungkar dan Nakir. Walau bagaimana pun keadaan kedua orang malaikat ini dapat digambarkan juga oleh ulama-ulama yang jiwa mereka siici dan bersih yang mana mereka itu sentiasa dalam pimpinan Allah SWT. Walau pun kedua malaikat malaikat Mungkar dan Nakir tidak pernah dilihat oleh sesiapa pun, tidak seperti malaikat- malaikat lain umpamanya Jibril dan Mikail yang mana kedua mereka itu pernah dilihat oleh Rasulullah malah Jibril adalah yang selalu bertemu dengan Rasulullah sama ada dalam rupanya yang asal mahupun dalam rupa menyamar, namun ada riwayat-riwayat hadis yang menggambarkan keadaan Mungkar dan Nakir itu.
Di dalam satu riwayat hadis menceritakan bahawa muka Mungkar dan Nakir ini adalah amat hitam dan legam lagi kebiru-biruan. Mukanya itu adalah terlalu besar dan lebar. Selain dari itu, jasadnya juga adalah hitam legam serta kebiru-biruan. Mata Mungkar dan Nangkir ini adalah merah menyala seperti sebiji periuk tembaga. Di dalam satu riwayat lain, mata Mungkar dan Nakir itu dikatakan seperti kilat yang menyambar, bersinar-sinar lagi tajam. Begitu juga keadaan matanya hinggakan tidak ada siapa pun yang boleh menatap matanya itu.
Suara kedua malaikat itu adalah seperti guruh halilintar yang membelah langit malah lebih dahsyat dari itu lagi. Kemudian, apabila malaikat ini bersuara ketika menyoal si mati dari golongan orang-orang yang mukin tetapi derhaka kepada Allah seperti orang yang mengaku mukmin tetapi tidak sembahyang, tidak puasa, tidak bersedekah, tidak naik haji bila cukup syarat, tidak mahu menunaikan perintah-perintah Tuhan malah melakukan larangan-larangan Tuhan seperti minum arak, main judi, bergaul bebas, berzina, mendedah aurat dan lain-lainnya dan juga bersuara kepada orang-orang munafik, orang kafir serta orang-orang musyrik, keluar dai mulut kedua malaikal itu suatu api yang menyambar dan membakar mayat-mayat tadi.
SEDEMIKIAN LAH SEDIKIT TENTANG ROH YANG MASUK KEDALAM ALAM ROH YAKNI ALAM MATI DAN LEBIH MUDAH KITA JELASKAN KEDALAM ALAM YANG MANA ALLAH NAMAKAN BERADA DALAM TANGGAN ATAU GENGGAMAN ALLAH .,., YAKNI BERUPA ROH CAHAYA DARI CAHAYA ILLAH.,., WALLAHUAKLAMBISSAWAB.,.,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
alhamdulillah