Jumaat, 8 Mac 2019

Pesanan & Doa Murabbi Ustaz Subri Md Arshad..



Rejab bulan Allah;
 رجب شهر الله ، وشعبان شهري
 ، ورمضان شهر أمتي ،
Rejab bulan Allah,
    Sya’ban bulanku,
       dan Ramadhan bulan Umatku,
 فمن صام رجب إيمانا واحتسابا استوجب رضوان الله الأكبر وأسكنه الفردوس الأعلى
؛ Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.
           Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur’an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim. Rejab ertinya ta’zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya. Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH. maka sesiapa yang berpuasa bulan Rejab dengan penuh keimanan dan mengharapkan balasan dari Allah, maka ia wajib mendapat keredhaan Allah,
yang agung dan ditempatkannya di surga al-firdaus yang tertinggi
 ومن صام [ من ] رجب يومين فله من الأجر ضعفان ، ووزن كل ضعف مثل جبال الدنيا ،

       Sesiapa yang berpuasa dua hari dari bulan Rejab maka baginya pahala dua kali ganda, timbangan tiap-tiap ganda bagaikan bukit-bukit di dunia ومن صام من رجب ثلاثة أيام جعل الله بينه وبين النار خندقا طول مسيرة ذلك سنة ، Dan sesiapa yang berpuasa 3 hari dari bulan Rejab maka Allah akan menjadikan antaranya dan neraka sebuah parit yang panjangnya setahun perjalanan و من صام أربعة أيام عوفي من البلاء والجذام والجنون والبرص ، ومن فتنة المسيح الدجال ، ومن عذاب القبر ،

 Dan sesiapa yang berpuasa 4 hari dari bulan Rejab maka ia diselamatkan dari bala, gila, kusta, sopak, fitnah al-masih dajjal dan azab kubur ومن صام من رجب ستة أيام خرج من قبره ووجه أضوأ من القمر ليلة البدر ، Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Rejab 6 hari, keluarlah dari kuburnya dan wajahnya satu sinaran dari bulan malam purnama ومن صام سبعة أيام فإن لجهنم سبعة أبواب يغلق الله تعالى عنه بصوم كل يوم بابا من أبوابها ، Dan sesiapa yang berpuasa 7 hari, maka sesungguhnya pada [neraka] Jahannam ada 7 buah pintu, ia ditutup oleh Allah terhadapnya dengan puasa setiap hari sebuah pintu dari pintu-pintunya ومن صام من رجب ثمانية أيام فإن للجنة ثمانية أبواب يفتح له بصوم كل يوم بابا من أبوابها ،

 Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Rejab 8 hari, maka sesungguhnya pada Jannah (syurga) ada 8 buah pintu, ia dibuka untuknya dengan puasa setiap hari sebuah pintu dari pintu-pintunya ومن صام من رجب تسعة أيام خرج من قبره وهو ينادي : لا إله إلا الله فلا يرد وجهه دون الجنة ، Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Rejab 9 hari, dia keluar dari kuburnya dalam keadaan dia menyeru, “La ilaaha illa Allah”, maka tidak terbalas wajahnya melainkan dengan Jannah (syurga) ومن صام من رجب عشرة أيام جعل الله ، له على كل ميلا من الصراط فراشا يستريح عليه ، Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Rejab 10 hari, Allah akan jadikan untuknya atas setiap [jarak] sebatu pada Titian Sirat, satu tilam, dia boleh berehat di atasnya. ومن صام من رجب أحد عشر يوما لم ير في القيامة عبد أفضل منه إلا من صام مثله أو زاد عليه ، Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Rejab 11 hari, tidak terlihat pada Hari Kiamat seorang hamba lebih baik darinya melainkan siapa yang berpuasa sepertinya atau lebih darinya ومن صام من رجب اثني عشر يوما كساه الله يوم القيامة حلتين ، الحلة الواحدة خير من الدنيا وما فيه

 Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Rejab 12 hari, Allah akan pakaikannya pada Hari Kiamat dua helai pakaian, sehelai pakaian lebih baik dari dunia dan apa yang ada dalamnya ومن صام من رجب ثلاثة عشر يوما وضع له يوم القيامة مائدة في ظل العرش فيأكل والناس في شدة شديدة ، Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Rejab 13 hari, akan diletakkan buatnya pada Hari Kiamat satu hidangan di teduhan ‘Arasy, lalu dia makan sedangkan manusia dalam keadaan yang sangat susah. ومن صام من رجب أربعة عشر يوما أعطاه الله تعالى من الثواب ما لا عين رأت ولا أذن سمعت ولا خطر على قلب بشر ، Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Rejab 14 hari, Allah akan berikan dia dari pahala yang mana tiada mata pernah melihat, tiada telinga pernah mendengar, dan tidak terdetik pada jantung manusia ومن صام من رجب خمسة عشر يوما يقفه الله يوم القيامة موقف الآمنين ، فلا يمر به ملك مقرب ولا نبي مرسل إلا قال له : طوباك أنت ومن الآمنين

 Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Rejab 15 hari, Allah tempatkan dia pada Hari Kiamat ditempat Al-Aminin (orang-orang yang aman), maka tidaklah melaluinya malaikat muqarrab (yang rapat dengan Allah) dan tidak pula nabi yang diutus melainkan dia akan berkata kepadanya, “Untunglah kamu, kamu dan dari golongan Al-Aminin (orang-orang yang aman). … الراوي:أبو سعيد الخدري Perawi: Abu Sa’id Al-Khudri المحدث:ابن الجوزي Ahli Hadis: Ibn Al-Jawzy المصدر:موضوعات ابن الجوزي Sumber: Maudhu’at Ibn Al-Jawzy الجزء أو الصفحة:2/576 Jilid atau halaman: 2/576 حكم المحدث:موضوع

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

alhamdulillah